Bilangan Kaki Skodeng Cik Abel Berudu

Mereka Yang Selalu Support Cik Abel Berudu

Mengenai Abel

My Photo
Melaka, Malaysia
ASSALAMUALAIKUM...~ ABEL OMAR 91 ~ NOT AVAILABLE ~ 28 DEC 1991 ~ DEGREE IN ECONOMY (UITM KOTA BAHRU KELANTAN) ~ LOVE TO LAUGH OUT LOUD ~ GOSSIP GIRLS ~ LOVE HER FAMILY ~ ADVENTURE ~ FRIENDLY TO THOSE WHO KIND TO HER ~ JIWANG ~ GANAS + GARANG!!! ~ LOVE TULIP (VIVA PUTIH) ~ EASY TO SEE HER SMILE / LAUGH / HAPPY BUT RARELY SEEM HER SAD ~ THIS IS ME ~
Daisypath Anniversary tickers. .

Wednesday, June 29, 2011

Dusun Eco Resort

Assalamualaikum...
lamanya tak update blog
rindu tak dgn abel?
tau mesti tak rindu pun

KEJAMNYA KORANG!!!

hahaha btw
hari jumaat hari tu
bersamaan 23/6/2011
abel dan semua komander melaka
(tak semua sangatlah)
jumlah semua komander melaka
ada 61 dan yang pergi 40.
Kitaorang pergi ke


DUSUN ECO RESORT, PAHANG

untuk menganjurkan
Kursus Motivasi dan Pengukuhan
Komander UiTM Melaka


kami semua bertolak dalam pukul
9 pagi dan sampai dalam pukul 1 petang
sebelum sampai ke destinasi
kitaorang singgah kat R&R Nilai...
Kalau nak tahu time abel nak g sana
abel kena ulser kat mulut
bukan kat pipi atau tepi bibir
macam biasa yang kita kena tu
tapi kat....


LIDAH!!!
MAK SAKITNYA NAK MAKAN~!!



Masa singgah kat sana
abel punyalah bijaksana
pergi beli


Nasi Lemak :)
(Memang terbaik dari R&R)



lepas tu masa nak makan


"WA CAKAP SAMA LU MACAM HEAVEN"


Tu pun nasib baik boleh telan
tapi yang tak bestnya nasi ada lagi
dalam hati cakap sorang2..


"EM TAK DAPATLAH AKU SUAMI SOLEH"


Masa naik bas kitaorang dihidangkan
cerita best gila nak mampus
iaitu cerita


KONGSI.. (Lu Langsi Lu Mati)


time satu part ni
adalah yang Farid Kamil punya part
okey saper yang nak kenal Farid
*(yang selalu nama dia abel sebut2)
yang ayat tak boleh blah

"NO PAIN NO GAIN"

kalau nak tahu perangai c Farid ni
sebijik macam perangai c Farid Kamil tu
time masa Farid Kamil datang masuk meeting
dengan bibir jebir dia tu
abel dah gelak2 sakan...
sampai Zati kat sebelah pun tertanya2


"Abel asal ko ni? Ketawa macam Mak Kuntum jer."

"HAHAHAHAHA .... Ko tengok Farid Kamil tu. Ko rasa macam saper kat dalam komander?"

"Saper ek?"

"Tengok betul2... Ko mesti kenal punya."

"Farid?"

"Hahahaha pandai pun setiausaha aku ni..wakakakaka."



dan semua orang dalam bas tu pun ketawa bagai nak rak...
hahahaha memang sebijik sejebik..
aduhai memang tak tahan abel tergelak2
tapi best gila..;)


Sampai kat sana kitaorang
nampak ada budak2 sekolah
tengah tunggu lori..
lori tu akan bawa kami ke resort tersebut
jalan nak ke sana sangat curam
nasib baik ada lori
kalau x...
sampai sana abel terus tengok phone


"ALAMAK LINE TAK ADA!!!"


erm apa boleh buat..
tapi kat situ ada kolam
BESARNYA...
lepas tu kitaorang solat
dan terus berkumpul balik
masa nak berkumpul
dorang kata kita akan makan kat kuar
malam baru boleh makan kat dalam
jadi kitaorang pun turun ke bawah tempat bas
dengan kawasan yang sangat curam
(nasib baik tak jatuh guling2)
dan lepas sampai kitaorang
pergi jalan2
kat Bentong, Pahang
singgah kat sebuah kedai makan
ada jual macam2
laksa, kuih, abc, air jagung,
dan semuanya sedap
dan tak berminyak
disebabkan abel ni
punya lidah kena

"ULSER"

so abel tak makan pun...
minum ABC jer..
tapi dorang ada bagi abel
makan laksa tu pun seksa..
kesiankan kita..:(


Lepas tu abel g
tempat Mak Cik Gaga, Zati, Farid dgn Muiiz
pergh atas meja dorang banyak gila makanan
ada 6 ke 7 cawan
4 ke 5 mangkuk...
(DASYATNYA)
lepas tu lepak2 jap dan balik


Petang masa nak sampai tu
kitaorang naik jalan curam tu
pergh memang penat
(Tapi lagi penat naik gunung)
sampai dorang kata aktiviti sendiri
lepas tu dalam kul 7 berkumpul makan
dan kemudian solat
malam kitaorang ada aktiviti
nak tahu aktiviti apa?


Rebut Kerusi
Cari Kawan
Tiru macam Saya


lepas tu kitaorang
ada sikit taklimat
lepas tu kitaorang dibahagi kepada
2 kumpulan dan diberi satu kertas
apa yang perlu ada untuk menarik
seramai 200 orang komander
lepas tu abel cakap kat Farid


"Farid, kau pergilah buat presentation t"

"Nape lak..?"

"Yelah ko kan DPA"

"Apa kena mengena dengan DPA?"

"Yelah DPAkan kaki penipu...kan Gaga?"

"WEY! abis tu aku ni kaki penipu jugaklah abel?"

"ALAMAK GAGA... Ko pun DPA jugak..Aku lupa.."

"Gaga meh sini aku tengok kaki ko tu.. Ada tulis Penipu tak.?"

"Aku pun nak tengok kaki kau tu jugak Farid."

* (MALU ABEL)

Lepas tu last2 Maisarah jugak ke depan
(Dia pun Kaki Penipu jugak)
Budak DPA...


Lepas tu ada seisi
Luahan Perasaan
malam bersejarah
bagi kami Batch 7 dan 8
Mengenai sesiapa yang tidak menghadirkan diri
tanpa sebab alasan kukuh
boleh tak kena HELL???
MAJORITI : BOLEH :)


Lepas tu kitaorang tido
baru jer nak melelapkan mata
tiba2 dorang kata
ada perjumpaan
dengan mamai2
kitaorang pun pergilah kat
dewan balik


Rupanya ada aktiviti lagi
kitaorang dikehendaki
membuat 3 group
dan dalam keadaan mamai
masuk jelah team yang ada
dan rupanya team ni akan stick
sampai habis kem motivasi
dan kitaorang dikendaki membuat
bendera dan lagu ciptaan sendiri
dan mengambil masa 10 minit sahaja


Nama2 kumpulan Ketua Kumpulan

* A - Team - (Hadzim Radzi) En Azlan

* Red Team - (Shahrita Haslinza) Encik Iwan

* Garuda Berapi - (Zahid) Encik Roslan

kami ada ketua kami sendiri
mengikut jurulatih


Esok pagi
24/6/2011
pagi tu kami solat
dan ada PT pagi bersama
Komander Izzul
Best sangat
lepas tu Jurulatih pula yang bawa
En Azlan dan En Iwan
dorang pun best
dan lepas tu kitaorang
g makan ( sakit)
lepas makan ada LDK


LDK kami
mendengar lagu dan beri maksud
membina bangunan dari kertas
dan pembentangan dari Encik Zakaria
dan kitaorang kena buat
1 BUKU AKU JANJI

Tengahari makan
Petang tu kitaorang diberi masa
untuk berehat sementara untuk solat
dan petang kitaorang pergi


REMPUH HALANGAN
BEST GILA2
JALAN ATAS KAYU
JALAN ATAS TAYAR TERGANTUNG
MERANGKAK ATAS TALI
BERJALAN ATAS TALI
MASUK LUMPUR (BUSUK)
NAIK TALI
NAIK TEMBOK HALANGAN


Dan minum petang
lepas tu kitaorang g berendam
dalam kolam yang besar tu


KOTOR GILA KOLAM TU
ISHH DENGAN LUMPUR
KEKOTORAN YANG DIBAWA MASA REMPUH HALANGAN


Masa petang tu
komander lelaki
ada buat istana air


Cantik Gila!!


malam kitaorang ada
Perasmian Kursus Motivasi
kena pakai baju F1
sebelum tu solat
dan berkumpul untuk makan malam
makan malam kami (BBQ)

SEDAP GILA!!!

tapi masalahnya
(ULSER)
sakitnya...
Malam Perasmian alhamdulillah
berjalan dengan lancar
kami diberikan masa
untuk tukar baju
dan dibasuh malam tu
supaya menjadikan komander melaka
bukan sahaja bagus di melaka sahaja
tetapi di seluruh UITM :)
lepas tu dalam pukul 1 lebih
segala taklimat berakhir
dan semua komander kena beratur seorang2
dan keluar beratur di sekeliling kolam
dan kemudian jurulatih tu kata



"SEMUA KOMANDER WAJIB MASUK KE DALAM KOLAM NI"


aarrrrrgggghhhhhhh tttttiiidddaaaakkkkk


DAHLAH AIR DIA SEJUK GILA TIME MASUK TU..TAK TAHAN HOI.!


Masa abel duduk dalam air

Saddiq lambat masuk dalam kolam

sebab kitaorang dah sejuk
dah tak tahan sangat
last2 ada orang jerit kat saddiq
suruh saddiq masuk dalam kolam cepat
tapi disebabkan terlalu sejuk sangat
dia jerit kat saddiq sambil ketap gigi


"SSAADDDIIIQQQQ, EPATLAH ASHUK ALAM AIIIRRRR!!!"

kelakar time tu
cubalah ketap gigi lepas tu cakap
macam kat atas ni
hahaha macam tu


malam kitaorang mandi
time mandi tu
pergh air sesejuk ais
air kat sana mmg betul2 air ais
(Bawah Genting Highland la katakan)
bbbbbrrruuuuurrrrrrr


Pagi kitaorang solat dan berkumpul
buat latihan sedikit dan sarapan pagi
makan nasi lemak lagi
time ni abel ley makan banyak sikit
hehehehe ulser dia sakit sikit jer
lepas tu kitaorang ada game


Game pertama : Angkat2 Orang
Game Kedua : Anak Ayam
Game Ketiga : Bola Beracun

Memang happening gila time ni
best dan ada yang emosi
adat : Menang Kalah


Lepas tu ada Majlis Panutupan
Masa ni Top 5 buat majlis penutupan
sangat gempak..
sampaikan Che Mat Raya
puji komander melaka ni
hehehe
lepas tu berakhirlah kursus motivasi ni
dan banyak ilmu yang di dapati
masa menjayakan kursus motivasi ni
apa2 pun diharap hubungan kita
antara komander akan sentiasa bersama
walaupun pelbagai cabaran datang melanda :)


SAYA SAYANG KOMANDER MELAKA...:)


Lepas tu ada seisi bergambar dengan komander
dan juga pegawai serta jurulatih komander
pukul 1 lebih kami komander pun bergerak pulang
dan dalam pukul 4 baru sampai


Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar




dan bersurai dalam pukul
12 tegah malam

No comments:

Post a Comment

My Post

get this widget here